Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah di samping membantu meningkatkan kecemerlangan minda.
Sambutan ini bakal melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records (MBoR) sebagai acara minum susu secara serentak di seluruh negara yang akan melibatkan 1.4 juta murid
Sambutan Hari Susu Sekolah di adakan pada 24 September 2014 (Rabu) dan murid minum susu serentak pada jam 10.30 pagi. Sementara menunggu masa yang ditetapkan aktiviti senamrobik diadakan melibatkan murid Pra sekolah hingga Tahun 6.